Assalamualaikum..
Semalam teringin nak buat donut, tapi malas nak buat yg jenis
kena perap sehingga naik 2 kali ganda tu. Kalau boleh nak buat yg terus boleh goring
tapi tetap gebu & lembut. Teringat pernah nampak kat MyResepi..donut yg tak
payah nak tunggu2.
Apalagi..terus bukan pc..terjah MyResepi.
Cari..cari..cari..akhirnya jumpa. Resepi dari HaSue. Resepi ni dipost pada
tahun 2008 lagi. Bila tengok komen..berjela-jela. Rata2 yang mencuba katanya
menjadi dan sungguh gebu gebas. Kita cubalah…
Tadaaaaaaaaaaaa..mempersembahkan Plain Donutku yang sungguh
gebu. Saya namakan dia Plain Donut sebab tak salut gula kat bahagian luar donut
mcm biasa. Tapi saya tambahkan kuantiti gula supaya donut tu sendiri yang rasa
manis.
Lagipun anak2 saya memang suka donut kosong mcm ni. Kalau
saya goreng donut, dia orang siap cakap..mama..jangan buh gula.
Saya pun suka jugak kalau tak salut gula ni..tak der lah meja
makan berterabur dgn gula.
Kalau yang salut gula, biasanya saya suruh diaorg makan dgn
menadah piring supaya serbuk gula tu jatuh dalam piring, bukan jatuh atas meja
atau lantai. Malas nak menyapu beb.. J
Donut ni memang gebu..tak rugi mencuba. Lain kali kalau mood
MALAS melanda, tapi nak jugak buat Donut, resepi ni akan jadi pilihan.
Gambar isi dalam donutnya lupa nak snap..bila teringat nak
snap rupa dalamnya..tengok2 donut dah licin. Laku betul..
Terima kasih kpd HaSue yang sudi kongsi resepi yang best ini.
Kat sini saya sertakan resepi yang telah saya olahkan mengikut citarasa saya.
Kalau nak tengok resepi asal..boleh ke MyResepi. Siap ada gambar step by step
lagi.
Selamat Mencuba..
PLAIN DONUT
Sumber : HaSue (MyResepi)
- 500g Tepung Berprotein Tinggi
- 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama
MAURIPAN atau apa2 jenama)
- 50g Marjerin
- 1 Sudu makan(penuh)
Shortening(lelemak adunan)
- 100g gula
- 2 Sudu mkn Susu Tepung
- 1 Biji Telur
- 1/2 Sudu Teh Garam
- 190ml-200ml Air Suam2
kuku(bergantung pd kualiti tepung)
- Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
- Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
- Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
- Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
- Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
- Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
- Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
- Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan.
4 comments:
Wah! boleh cuba ni Norziey.. tak payah nak diperap2 gitu kan :D
wah gebunya donut ni
anak2 suka donut, tapi bab nak uli tu yg kekadang malas sikit tu, pastu nak perap lagi kan
saya copy ye resepi ni, cuti nanti boleh lah buat
Tina Othman..selamat mencuba
Sedapnya donut...memang teringin nak mencuba....
Post a Comment