Assalamualaikum..
Minggu
depan cuti panjang yer anak2 kita yang bersekolah tu. Cuti sempena Tahun Baru
Cina.
Wahhh…kat opis pun meriah. Bukan meriah sebab ada yg nak sambut raya
cina, tapi meriah menyambut kedatangan kotak2 merah yg mengandungi buah limau
yg amat manis dan sedap. Tiap2 hari dapat limau… terima kasih lah kpd yg sudi member..dan
kami sedia menerimanya.. J
Bila
dekat2 nak raya cina ni, banyaklah benda2 serta bahan2 makanan yg berkaitan
dengan kaum cina keluar di pasaran.
|
Al kisah..hari tu
teman suami beli barang dapur kat Mydin.
Jalan2 maka ternampaklah Arrowhead ni
kat atas rak. Dah siap pek gitu. Nak kata banyak..tak banyak sgt tapi banyak
jugaklah.
Nak
buat Kuih Tako..?? hurmmmm… Malaslah..
Tiba-tiba
teringat pernah terbaca citer pasal Kerepek Ngaku kat blog Izah Daut. Dengar
citer mcm best jer…Nak try lah..
Ambik
1 pek..mcm tak cukup. Ambik lagi 1 dan 1 lagi..jadi 3 pek semuanya. Harga 1 pek
Cuma RM1.60 jer. Lupa pulak nak tengok beratnya berapa..hehe.
Balik
rumah..dengan tak sabar-sabarnya saya mengupas kulit Arrowhead ni…
dan dengan
cepat2 jugak saya memotongnya senipis
mungkin. Oh..sebenarnya..mula2 tu saya sagat tau..tapi susahlah. Tak mcm sagat
pisang atau ubi kayu. Lambatlah..baik pakai pisau biasa.
Dah
habis bab memotong..masuk bab menggoreng pulak.
Nama jer kerepek..bila sebut
kerepek tu..kita ingat mudah jer..main baling2 dalam kuali
jer..rupanya..huhuhuhu (Nangis jap)..
Nak
dapat yg betul2 garing dan cantik tu payah jugak. Kena pandai main api.
Saya goreng..kali
ke4 masuk kuali baru dapat rentaknya.
Goreng
benda ni..kalau api terlalu kuat..luar nampak hangus tapi tak garing.
Kalau
api pelan sangat..kerepek masuk minyak pulak.
Jadi
api tu kena sedang2 jer…baru dapat kerepek yg cantik.
Rasanya..???
Tak payah bagitau tentang rasanya. Yang saya tau tiap kali angkat kerepek dari
kuali…belum sejuk dah licin. Apa maknanya tu..??
Sedap lah tu kannnnnn….
Sampai
anak dara saya suruh buat lagi esoknya. Huhuhu
Kerepek
Ngaku ni tak payah letak perisa apa2 pun dah cukup sedap. Tapi kalau nak tambah
serbuk garam atau serbuk lada sulah..terpulang pada citarasa masing2. Kalau
pada tekak saya, saya suka yg plain jer.
Jom
kita pakat2 buat Kerepek Ngaku selagi stok Arrowhead ada kat kedai.
Kalau dah
lepas musim raya cina ni..susah sikit nak dapat benda ni.
![]() |
| Gambar ihsan pak cik gugel |

3 comments:
Akak pernah buat keropok ni... time raya cina jer ada Arowwhead . beli Di Tesco itu hari 59 Sen/ kg
Kak Hayati..sedap kan kerepek ni..hehe
Nak buatnya kena nagis... bila makan kejap je habis he he ehh.
Post a Comment